Monday, April 23, 2012

Nota KHB Tingkatan 1: Tanaman Hiasan

PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG
  • merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.
  • contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang ialah;
    1. bunga raya (hibiscus)
    2. bunga kertas (bougainvillea)
    3. bunga puding (codiaeum)
    4. ati-ati (coleus)
    5. bunga siantan (ixora)
Menyediakan Medium Semaian
  • medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
Jenis Keratan Batang
  • terdapat 3 jenis, iaitu;
    1. keratan kayu lembut
    2. keratan kayu sederhana keras
    3. keratan kayu keras
  • pemilihan jenis keratan bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiakan.
Memilih Pokok Hiasan yang Boleh Dibiak Melalui Keratan Batang
  • keratan kayu lembut   ------   jejari hantu (alternanthera elliptica), ati-ati  (coleus)
  • keratan kayu sederhana lembut   ----   bunga raya (hibiscus), bunga puding (codiaeum)
  • keratan kayu keras   ------   pokok angsana (pterocarpus indikus), bunga kertas (bougainvillea)
Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian
  • keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.
  • keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik.
  • rumpai yang tumbuh perlu dicabut dan dibuang dari bekas semaian.
Penanaman Anak Pokok
Medium Penanaman
  • keratan yang sudah berakar perlu dipindahkan ke dalam beg politena atau pasu untuk tujuan pembesaran.
  • medium penanaman yang sesuai untuk tujuan ini ialah medium penanaman John Innes Potting Compost (JIP) 7:3:2.
  • nisbah 7:3:2 terdiri daripada 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai.
  • medium penanaman juga boleh disediakan dengan campuran bahan 3:2:1 
Penjagaan Anak Pokok
Merumput
  • ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh bersama tanaman hiasan.
  • dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara anak pokok dengan rumpai mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang.
  • merumput dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak atau agen penyakit.
Menggembur
  •  dilakukan apabila medium keras.
  • dilakukan untuk membolehkan air menyerap dan membaiki pengudaraan tanah.
  • menggunakan serampang tangan.
Membaja
  • kerja membekalkan nutrien kepada anak pokok.
  • dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah.
  • baja sebatian mengandungi unsur nitrogen (N), fosforus (P),  dan kalium (K).
  • pokok berbunga sesuai dibaja menggunakan baja yang mengandungi unsur fosforus dan kalium yang lebih tinggi.
  • membaja diulangi dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu.
Menyiram
  • dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari kerana air dalam bekas terhad.
  • gunakan bekas penyiram bermuncung yang mempunyai lubang halus.

Nota KHB Tingkatan 1: Kerja Paip 4

 KERJA PENYENGGARAAN
  • dilakukan kerana perangkap tersumbat dengan enapan sisa kotoran.


PERANGKAP
  • berfungsi untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah.
  • terdapat 3 jenis perangkap, iaitu;
    1. perangkap botol
    2. perangkap S
    3. perangkap P

  • di dalam perangkap sentiasa terdapat air di paras kedap perangkap seperti dalam gambarrajah di atas.
  • masalah biasaya dihadapi ialah perangkap kerap tersumbat kerana sisa kotoran.
  • cara menyenggara perangkap yang tersumbat adalah dengan menggunakan pelocok.
  • langkah-langkah penyenggaraan adalah seperti berikut;
    1. Isikan air ke dalam singki melebihi paras pelocok.
    2. Letakkan pelocok pada singki dengan diafragma pelocok diletakkan pada lubang singki.
    3. Tekan dan tarik pelocok beberapa kali sehingga air yang menakung mengalir keluar.

  • cara kedua membersihkan perangkap ialah mengeluarkan kotoran melalui plag buangan atau mangkuk enapan bagi perangkap botol.

AKTIVITI AMALI 
TUJUAN
Membersihkan perangkap yang tersumbat melalui lubang buangan.



ALATAN DAN BAHAN
  • Perangkap P
  • Perangkap jenis botol
  • Baldi
  • Sepana boleh laras
  • Dawai kasar
 
LANGKAH-LANGKAH

  1. Letakkan baldi di bawah perangkap. Longgarkan dan tanggalkan plag buangan dengan sepana boleh laras.
  2. Masukkan dawai kasar melalui lubang plag buangan dan jolokkan endapan kotoran dalam perangkap untuk mengeluarkan kotoran.
  3. Pasang semula plag buangan dan uji aliran air.



 















Thursday, April 12, 2012

Perhatian!

Pihak admin blog memohon kerjasama pelawat blog untuk mengundi pada ruangan yang telah disediakan bagi menambahbaik isi kandungan blog dan meningkatkan lagi kegunaan dan penyampaian blog ini.

TERIMA KASIH. (^_^)

Monday, April 9, 2012

BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Bulan Teknik Dan Vokasional telah dirasmikan oleh Encik Yazid Bin Zawawi ketika perhimpunan Mingguan yang berlangsung pada setiap hari Isnin. Panitia Kemahiran Hidup merupakan salah satu ahli yang berada di bawah bidang Teknik dan Vokasional.

Sehubungan itu, Panitia Kemahiran Hidup telah merancang beberapa pertandingan untuk setiap tingkatan. Antara pertandingan yang akan diadakan ialah:

Explore Race --- Tingkatan 1
Membuat Model --- Tingkatan 2
Kuiz --- Tingkatan 3

Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kelas diwajibkan menghantar 1 kumpulan sebagai wakil kelas. Tarikh dan masa pertandingan akan diberitahu kemudian.

Kerjasama dari semua pelajar amat dihargai. Semoga penyertaan anda dapat memeriahkan lagi aktiviti sepanjang Bulan Teknik dan Vokasional ini dijalankan.

Terima kasih... (^_^)