Thursday, November 18, 2010

TUGASAN CUTI SEKOLAH(DIS. 2010)-PELAJAR TINGKATAN 1&2

BUAT POSTER MENGENAI ALATAN TANGAN/KOMPONEN ELEKTRONIK SEPERTI TERDAPAT DALAM BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP. TUGASAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA GURU MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PADA TAHUN 2011.

SPESIFIKASI POSTER;

1. SAIZ MANILA KAD

2. KANDUNGAN POSTER – A) NAMA ALATAN TANGAN/KOMPONEN

ELEKTRONIK

B) KEGUNAAN ALATAN

TANGAN/KOMPONEN ELEKTRONIK

C) GAMBAR ALATAN

TANGAN/KOMPONEN ELEKTRONIK

*PELAJAR TINGKATAN 2/2011 RUJUK BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2.

*PELAJAR TINGKATAN 3/2011 RUJUK BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 3.

Thursday, August 5, 2010

Pemansuhan Peperiksaan Tak Boleh Selesai Masalah

Oleh Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali
2010/06/28


Peperiksaan menjadi ukuran kebijaksanaan dan kejayaan negara melahirkan pelapis generasi masa depan lebih berwibawa, selain dianggap aset kecemerlangan.
Justeru, apabila ada cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelbagai pihak tampil melontarkan pandangan.

Ada bersetuju kerana berasakan sistem berorentasikan peperiksaan sudah lapuk dan tidak relevan dengan konsep pendidikan alaf baru tetapi tidak kurang yang membantah. Persoalannya, adakah pemansuhan itu mampu mengubah senario sistem pendidikan negara ke tahap lebih baik atau sebaliknya? Profesor Pendidikan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, peperiksaan sedia ada tidak perlu dimansuhkan supaya tahap penguasaan dan pemahaman pelajar boleh dinilai.
Menurutnya, peperiksaan adalah teras dalam menentukan institusi persekolahan sudah bersedia mencapai sasaran atau masih memerlukan sokongan demi melancarkan proses pembelajaran.

"Memansuhkan peperiksaan tidak boleh menyelesaikan masalah. Perkara yang perlu diperbetulkan adalah pelaksanaan sistem pendidikan bagi melancarkan proses pemberian dan penerimaan ilmu.
"Menilai kesediaan dan mengukur prestasi pelajar adalah menerusi peperiksaan. Melalui cara ini, institusi pendidikan boleh membuat kesimpulan sama ada proses pendidikan diterima berjaya atau sebaliknya," katanya.

Falsafah pendidikan menggariskan tiga kaedah asas menilai prestasi pelajar iaitu penilaian rujukan kendiri seperti memperbaiki pencapaian, penilaian rujukan norma (membandingkan prestasi) dan penilaian rujukan kriteria (pembelajaran pada tahap dijangkakan).
Menurutnya, jika pelajar boleh memberi tindak balas positif terhadap kaedah asas itu, bermakna mereka berkemampuan menjalani proses pembelajaran. Justeru, masyarakat perlu jelas dan memahami matlamat utama peperiksaan serta tidak melihatnya sebagai mekanisme menyusahkan pelajar.

"Sebahagian besar masyarakat mengaitkannya sebagai tekanan akademik, bebanan yang merosakkan pembangunan modal insan serta sosial. Lihat peranan dan kepentingannya dalam melaksanakan falsafah pendidikan negara.

"Juga nilai kesediaan pelajar secara berperingkat terhadap proses pembelajaran supaya dapat memperbaiki pencapaian, " katanya.

Beliau mengakui sistem pendidikan negara juga perlu lebih anjal dan menggunakan mekanisme pendidikan berbeza seperti yang dilaksanakan negara maju.

"Negara seperti Korea menilai tahap pelajar menerusi peperiksaan khas dengan penentuan kelas mengikut tahap kesediaan, selain melakukan pemantauan berkala bagi melihat peningkatan," katanya.

Dr Isahak berkata, kaedah itu diperakui, malangnya tidak dipraktikkan di negara ini mengakibatkan pelajar lemah terus ketinggalan.

Tiada istilah pelajar gagal dalam falsafah pendidikan dan masing-masing mempunyai keupayaan berbeza yang memerlukan lebih masa, bimbingan dan latihan bagi memantapkan pencapaian.

"Sistem pendidikan lebih fleksibel berdasarkan minat, kebolehan dan bakat perlu diwujudkan supaya pengakhiran proses pembelajaran mampu mencapai sasaran.

"Jika peperiksaan ingin dimansuhkan, pastikan wujud sistem pendidikan lebih berkualiti dengan penjanaan pelbagai program alternatif seperti melaksanakan ujian mudah berkala.

"Keputusan ujian juga perlu dihebahkan untuk tatapan umum supaya masyarakat boleh melihat prestasi semasa. Sebarang pendekatan sekali pun, perlu ikut kemampuan pelajar," kata Dr Isahak.

Kerja Kursus Tingkatan 2








Rekacipta dan Penghasilan Projek merupakan salah satu dari kerja kursus tingkatan 2. Pada 12 Julai 2010, pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim telah memulakan kerja amali tersebut. Ianya diselia oleh beberapa orang guru Kemahiran Hidup iaitu Puan Baizura, Encik Faizal, En Md Nor dan seorang guru praktikal dari UTM, Cik Syafafwati.

Antara subtopik yang di terangkan bagi kerja kursus ini adalah seperti (a) Pengenalan reka bentuk dan teknologi yang menerangkan lebih jelas maksud reka bentuk serta maksud teknologi (b)Faktor reka bentuk seperti fungsi, kesesuaian bahan , kos pembuatan, ketahanan, kemasan dan lain-lain (c) Jenis bahan dan pengikat (d) Alatan tangan dan mesin (e)Proses reka bentuk dan (f) Reka bentuk projek














Friday, July 30, 2010