Showing posts with label info semasa. Show all posts
Showing posts with label info semasa. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

PERHATIAN

     Kepada pembaca yang dihormati,

     Pihak admin memohon kerjasama anda untuk mengundi keberkesanan blog ini dalam menyampaikan maklumat dan ilmu kepada anda.

     Anda juga digalakkan meninggalkan komen yang membina untuk menambahbaikkan lagi fungsi blog ini. Komen boleh ditulis pada setiap 'post' yang dipaparkan.

     Kerjasama dan keprihatinan anda amat dihargai. Terima kasih kerana melawat blog ini.


Admin Blog Panitia KH TIGS

Thursday, May 3, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Bermula

     Pihak admin mengucapkan selamat menempuhi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 kepada pelajar-pelajar menengah atas TIGS. Peperiksaan pertengah tahun bagi pelajar menengah atas akan bermula pada hari ini Khamis, 3 Mei 2012. Semoga anda semua memperoleh keputusan yang cemerlang dan gemilang untuk menjadi insan yang terbilang.

Thursday, April 12, 2012

Perhatian!

Pihak admin blog memohon kerjasama pelawat blog untuk mengundi pada ruangan yang telah disediakan bagi menambahbaik isi kandungan blog dan meningkatkan lagi kegunaan dan penyampaian blog ini.

TERIMA KASIH. (^_^)

Monday, April 9, 2012

BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Bulan Teknik Dan Vokasional telah dirasmikan oleh Encik Yazid Bin Zawawi ketika perhimpunan Mingguan yang berlangsung pada setiap hari Isnin. Panitia Kemahiran Hidup merupakan salah satu ahli yang berada di bawah bidang Teknik dan Vokasional.

Sehubungan itu, Panitia Kemahiran Hidup telah merancang beberapa pertandingan untuk setiap tingkatan. Antara pertandingan yang akan diadakan ialah:

Explore Race --- Tingkatan 1
Membuat Model --- Tingkatan 2
Kuiz --- Tingkatan 3

Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kelas diwajibkan menghantar 1 kumpulan sebagai wakil kelas. Tarikh dan masa pertandingan akan diberitahu kemudian.

Kerjasama dari semua pelajar amat dihargai. Semoga penyertaan anda dapat memeriahkan lagi aktiviti sepanjang Bulan Teknik dan Vokasional ini dijalankan.

Terima kasih... (^_^)