Showing posts with label tingkatan 1. Show all posts
Showing posts with label tingkatan 1. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Amali: 1 Jupiter 2012 dan Kuih Ketayap


      Pada 26 Jun 2012 (Selasa) yang lalu 16 orang pelajar 1 Jupiter telah menjalankan aktiviti amali iaitu menghasilkan kuih dari bater cair. Kuih yang dihasilkan oleh pelajar tersebut ialah Kuih Ketayap yang merupakan sejenis kuih tempatan. Aktiviti amali memasak ini dijalankan selaras dengan Penilaian Berasas Sekolah (PBS).

      Daya usaha pelajar menghasilkan kuih dari bater cair ini dinilai dan diberikan band yang tertinggi iaitu band 6 jika mereka menepati kriteria yang ditetapkan.

      Kepada para pelajar yang belum berjaya menghasilkan kuih yang menepati kriteria, diharap anda tidak berputus asa dan berusaha pada sesi amali yang akan datang. TERUSKAN USAHA ANDA!!!

      Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti amali dijalankan.

Kelas                 :  1 Jupiter 2012
Hari & Tarikh   :  Selasa, 26 Jun 2012
Masa                 :  8.50 - 10.30 pagi
Jumlah Pelajar  :  16 orang (5 kumpulan)

Pelajar mula membancuh bater cair.



Dari kiri: Atirah, Najihah, Farah Amira dan Suhada dengan kuih ketayap yang dihasilkan oleh mereka.
Dari Kiri: Adibah, Liyana dan Hasnaa. Ahli kumpulan 3 orang kuih yang siap 4 sahaja....
Dari Kiri: Asma, Hanisah dan Lidiya
Dari Kiri: Nurin, Nadeera dan Suhada Yusri
Dari Kiri: Syafika, Izzahani dan Maryam Suraya



Thursday, June 28, 2012

BAB 1 PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN (EKONOMI RUMAH TANGGA) 2

KAEDAH MEMASAK

Kaedah Memasak dengan Haba Kering
  1. Membakar - memasak menggunakan ketuhar yang panas dan makan diletak dalam tin atau acuan.
  2. Menggril - menggunakan api terbuka atau ketuhar bagi makanan yang lembut seperti filet (isi ikan).
  3. Memanggang - menggunakan api terbuka atau ketuhar bagi makanan yang pejal dan berlemak seperti  ayam, ubi kentang dan ikan.
  4. Mengoreng - memasak dalam minyak atau lemak yang dipanaskan.
    • Tanpa Minyak - tanpa menggunakan minyak dan perlu sentiasa dibalik-balikkan supaya yidak hangus seperti menggoreng capati dan kacang.
    • Tohor - minyak hanya cukup meliputi bawah kuali sahaja seperti mengoreng telur dadar dan sosej.
    • Minyak Penuh - menggoreng dalam minyak panas yang menutupi seluruh makanan yang digoreng.


Kaedah Memasak dengan Haba Lembap
  1. Merebus - masak dalam air mendidih seperti bubur nasi dan telur rebus.
  2. Mengukus - makanan dimasak dalam wap air mendidih seperti apam dan pulut kuning.
  3. Mencelur - makanan dimasukkan ke dalam air dan dikeluarkan dalam masa yang singkat, contohnya kerabu taugeh dan mi.
  4. Merenih - memasak makanan dalam cecair menggunakan api perlahan dan mengambil masa yang lama untuk masak. contohnya kari ikan
  5. Merendidih - memasak makanan dalam cecair menggunakan api sederhana dan mengambil masa yang lama untuk masak. contohnya rendang ayam dan stew daging


Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 1 2012


         Berikut adalah gambar-gambar artikel yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan 1. Gambar-gambar di bawah merupakan hasil kerja tangan pelajar yang dikategorikan sebagai yang terbaik antara yang baik. Kepada para pelajar yang gambarnya tidak disiarkan, sila cuba lagi untuk menghasilkan projek yang terbaik pada masa akan datang.

Tingkatkan Usaha Anda!

Aktiviti Amali : Penghasilan Artikel
Oleh              : Pelajar Tingkatan 1 2012
Nur Syamimi Omar 1 Waruna (hasil terbaik dan kemas)


Nur Athirah Norazlin 1 Jupiter
Wong Jing Wen 1 Waruna

Nur Khaliesa Adila Abdul Halim 1 Waruna





Thursday, June 14, 2012

Aktiviti Pelajar Tingkatan 1 2012: Penghasilan Artikel

BAB 5 Jahitan
Penghasilan Artikel
   Tarikh : 22 Mei 2012
   Masa  : 8.50 - 10.10 pagi
   Kelas  : 1 Jupiter (16 orang pelajar)



Pelajar membuat ukuran pada fabrik
Fabrik yang telah siap diukur dan ditanda perlu digunting.

Penghasilan Artikel
   Tarikh : 25 Mei 2012
   Masa  : 9.55 - 11.05 pagi
   Kelas  : 1 Neptune (19 orang pelajar)


Pelajar sedang mengukur dan menanda pada fabrik.

Menggungting fabrik yang telah siap diukur dan ditanda.



Sambil bekerja kita perlu berbual tapi jangan sampai kerja tidak dibuat.

Sedang berusaha memasukkan benang ke lubang jarum.
Lipat bahagian tepi fabrik sebelum mula menjahit (bahagian yang perlu sahaja).

Aktiviti-aktiviti Amali Pelajar Tingkatan 1 2012

BAB 6 Tanaman Hiasan
Menyediakan Medium Semaian Dan Menyemai Keratan Batang
   Tarikh : 22 Mei 2012
   Masa  : 7.30 - 8.50 pagi
   Kelas  : 1 Neptune (9 orang pelajar)

  

Pelajar sedang menyediakan keratan batang






























 
Menyediakan medium semaian (yang sebelah kiri sudah selamat berada di Australia, main kejar-kejar dengan kanggaru).

Menyemai keratan batang.





































Wednesday, June 13, 2012

BAB 1 PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN (EKONOMI RUMAH TANGGA)

Diet Seimbang - sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan tubuh pada kadar yang betul.

Prinsip Asas Diet Seimbang
  • lebihkan pengambilan makanan berserat dan kurangkan makanan berlemak dan kolestrol tinggi.
  • diet seimbang dirancang berdasarkan Piramid Makanan.

Tabiat Makan yang Sihat
  • perlu untuk kesihatan badan.
    • makan mengikut waktu yang ditetapkan
    • remaja perlu makan lebih banyak makanan pembina tubuh dan pemberi tenaga
    • kurangkan gula, garam dan lemak
    • kunyah makanan dengan sempurna dan minum air secukupnya
    • lebihkan pengambilan makanan bervitamin dan garam mineral
    • ambil hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam

PERANCANGAN MENU

Menu - senarai hidangan lengkap untuk suatu sajian.
Perancangan Menu - cara merancang sajian yang seimbang dan berkhasiat.

Tujuan Merancang Menu
  1. memastikan sajian seimbang dan mengandungi semua nutrien yang diperlukan
  2. jimatkan masa, tenaga dan bahan makanan
  3. ikut anggaran belanjawan
  4. sajian menarik, berkhasiat dan menyelerakan
 Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu
  1. Jenis Hidangan - majlis formal atau tidak formal
  2. Kegemaran - supaya semua pihak berpuas hati
  3. Perbelanjaan - untuk mengelakkan pembaziran kos
  4. Sumber Makanan Semasa - pilih sumber makanan semasa atau dalam musim kerana lebih segar, murah dan mudah didapati terutamanya buah-buahan bermusim.
  5. Kemudahan Fizikal - alatan memasak lengkap bagi membantu menyedia, memasak dan menghidang dengan cepat dan sempurna.
  6. Sumber Masa dan Tenaga - memudahkan dan mempercepatkan penyediaan menu yang dirancang.
  7. Kepelbagaian - ambil kira faktor variasi dari segi jenis makanan, warna saiz, rasa, tekstur dan kaedah memasak.
  8. Keperluan - mengandungi nutrien bergantung kepada faktor umur, jantina, saiz tubuh, aktiviti dan kesihatan.

PRINSIP MEMASAK

Prinsip Memasak - memasak makanan menggunakan haba kering dan haba lembap.

Memasak dengan haba kering
  • memasak makanan dalam udara panas seperti membakar dalam ketuhar, mengril (pancaran haba) dan menggoreng dalam minyak yang panas.
Memasak dengan haba lembap
  • masak makanan dalam cecair panas atau mengewap makanan.
Makanan dimasak untuk:
   -  menjadikan makanan lebih enak                            -  mempelbagaikan sajian
   -  menjadikan makanan selamat dimakan                  -  membaiki rasa dan rupa
   -  melembutkan makanan                                         -  menjadikannya tahan lama

Friday, May 18, 2012

BAB 1 ELEKTRIK (KEMAHIRAN TEKNIKAL) Bahagian 1

JENIS LITAR ELEKTRIK
       a.  Litar Siri
       b.  Litar Selari
       c.  Litar Siri-Selari




LITAR SIRI
  • komponen disusun untuk membenarkan arus mengalir melalui setiap komponen elektrik dalam satu arah sahaja.
  • jika wayar terputus atau salah satu alatan elektrik rosak, seluruh litar tidak berfungsi

Lukisan bergambar litar siri
Voltan dalam litar siri
  • diukur menggunakan voltmeter.
  • 2 jenis voltmeter; voltmeter arus terus (DC) dan voltmeter arus ulang alik (AC)
  • jika voltmeter arus terus diguna untuk menyukat arus ulang alik, penunjuk pada voltmeter tidak bergerak tetapi bergetar.
  • sel-sel disambung secara bersiri, voltannya bertambah. 


 
 Arus dalam litar siri
  • dalam litar siri, arus elektrik yang sama banyak mengalir melalui litar ini.
  • arus elektrik diukur menggunakan ammeter dalam unit ampere (A)
  • penunjuk ammeter mesti pada bacaan sifar. Jika tidak, skru pelaras boleh diputar untuk menyelaraskan penunjuk tersebut.


Mengira Jumlah Rintangan dalam Litar Siri
  • perintang disambung bersiri di dalam sebuah litar siri, rintangannya bertambah.
  • jumlah rintangan dalam litar bersamaan jumlah setiap perintang dalam litar.



Monday, April 23, 2012

Nota KHB Tingkatan 1: Tanaman Hiasan

PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG
  • merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.
  • contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang ialah;
    1. bunga raya (hibiscus)
    2. bunga kertas (bougainvillea)
    3. bunga puding (codiaeum)
    4. ati-ati (coleus)
    5. bunga siantan (ixora)
Menyediakan Medium Semaian
  • medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
Jenis Keratan Batang
  • terdapat 3 jenis, iaitu;
    1. keratan kayu lembut
    2. keratan kayu sederhana keras
    3. keratan kayu keras
  • pemilihan jenis keratan bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiakan.
Memilih Pokok Hiasan yang Boleh Dibiak Melalui Keratan Batang
  • keratan kayu lembut   ------   jejari hantu (alternanthera elliptica), ati-ati  (coleus)
  • keratan kayu sederhana lembut   ----   bunga raya (hibiscus), bunga puding (codiaeum)
  • keratan kayu keras   ------   pokok angsana (pterocarpus indikus), bunga kertas (bougainvillea)
Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian
  • keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.
  • keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik.
  • rumpai yang tumbuh perlu dicabut dan dibuang dari bekas semaian.
Penanaman Anak Pokok
Medium Penanaman
  • keratan yang sudah berakar perlu dipindahkan ke dalam beg politena atau pasu untuk tujuan pembesaran.
  • medium penanaman yang sesuai untuk tujuan ini ialah medium penanaman John Innes Potting Compost (JIP) 7:3:2.
  • nisbah 7:3:2 terdiri daripada 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai.
  • medium penanaman juga boleh disediakan dengan campuran bahan 3:2:1 
Penjagaan Anak Pokok
Merumput
  • ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh bersama tanaman hiasan.
  • dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara anak pokok dengan rumpai mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang.
  • merumput dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak atau agen penyakit.
Menggembur
  •  dilakukan apabila medium keras.
  • dilakukan untuk membolehkan air menyerap dan membaiki pengudaraan tanah.
  • menggunakan serampang tangan.
Membaja
  • kerja membekalkan nutrien kepada anak pokok.
  • dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah.
  • baja sebatian mengandungi unsur nitrogen (N), fosforus (P),  dan kalium (K).
  • pokok berbunga sesuai dibaja menggunakan baja yang mengandungi unsur fosforus dan kalium yang lebih tinggi.
  • membaja diulangi dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu.
Menyiram
  • dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari kerana air dalam bekas terhad.
  • gunakan bekas penyiram bermuncung yang mempunyai lubang halus.

Nota KHB Tingkatan 1: Kerja Paip 4

 KERJA PENYENGGARAAN
  • dilakukan kerana perangkap tersumbat dengan enapan sisa kotoran.


PERANGKAP
  • berfungsi untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah.
  • terdapat 3 jenis perangkap, iaitu;
    1. perangkap botol
    2. perangkap S
    3. perangkap P

  • di dalam perangkap sentiasa terdapat air di paras kedap perangkap seperti dalam gambarrajah di atas.
  • masalah biasaya dihadapi ialah perangkap kerap tersumbat kerana sisa kotoran.
  • cara menyenggara perangkap yang tersumbat adalah dengan menggunakan pelocok.
  • langkah-langkah penyenggaraan adalah seperti berikut;
    1. Isikan air ke dalam singki melebihi paras pelocok.
    2. Letakkan pelocok pada singki dengan diafragma pelocok diletakkan pada lubang singki.
    3. Tekan dan tarik pelocok beberapa kali sehingga air yang menakung mengalir keluar.

  • cara kedua membersihkan perangkap ialah mengeluarkan kotoran melalui plag buangan atau mangkuk enapan bagi perangkap botol.

AKTIVITI AMALI 
TUJUAN
Membersihkan perangkap yang tersumbat melalui lubang buangan.



ALATAN DAN BAHAN
  • Perangkap P
  • Perangkap jenis botol
  • Baldi
  • Sepana boleh laras
  • Dawai kasar
 
LANGKAH-LANGKAH

  1. Letakkan baldi di bawah perangkap. Longgarkan dan tanggalkan plag buangan dengan sepana boleh laras.
  2. Masukkan dawai kasar melalui lubang plag buangan dan jolokkan endapan kotoran dalam perangkap untuk mengeluarkan kotoran.
  3. Pasang semula plag buangan dan uji aliran air.