Showing posts with label tingkatan 1 ekonomi rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label tingkatan 1 ekonomi rumah tangga. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Amali: 1 Jupiter 2012 dan Kuih Ketayap


      Pada 26 Jun 2012 (Selasa) yang lalu 16 orang pelajar 1 Jupiter telah menjalankan aktiviti amali iaitu menghasilkan kuih dari bater cair. Kuih yang dihasilkan oleh pelajar tersebut ialah Kuih Ketayap yang merupakan sejenis kuih tempatan. Aktiviti amali memasak ini dijalankan selaras dengan Penilaian Berasas Sekolah (PBS).

      Daya usaha pelajar menghasilkan kuih dari bater cair ini dinilai dan diberikan band yang tertinggi iaitu band 6 jika mereka menepati kriteria yang ditetapkan.

      Kepada para pelajar yang belum berjaya menghasilkan kuih yang menepati kriteria, diharap anda tidak berputus asa dan berusaha pada sesi amali yang akan datang. TERUSKAN USAHA ANDA!!!

      Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti amali dijalankan.

Kelas                 :  1 Jupiter 2012
Hari & Tarikh   :  Selasa, 26 Jun 2012
Masa                 :  8.50 - 10.30 pagi
Jumlah Pelajar  :  16 orang (5 kumpulan)

Pelajar mula membancuh bater cair.



Dari kiri: Atirah, Najihah, Farah Amira dan Suhada dengan kuih ketayap yang dihasilkan oleh mereka.
Dari Kiri: Adibah, Liyana dan Hasnaa. Ahli kumpulan 3 orang kuih yang siap 4 sahaja....
Dari Kiri: Asma, Hanisah dan Lidiya
Dari Kiri: Nurin, Nadeera dan Suhada Yusri
Dari Kiri: Syafika, Izzahani dan Maryam Suraya



Thursday, June 28, 2012

BAB 1 PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN (EKONOMI RUMAH TANGGA) 2

KAEDAH MEMASAK

Kaedah Memasak dengan Haba Kering
  1. Membakar - memasak menggunakan ketuhar yang panas dan makan diletak dalam tin atau acuan.
  2. Menggril - menggunakan api terbuka atau ketuhar bagi makanan yang lembut seperti filet (isi ikan).
  3. Memanggang - menggunakan api terbuka atau ketuhar bagi makanan yang pejal dan berlemak seperti  ayam, ubi kentang dan ikan.
  4. Mengoreng - memasak dalam minyak atau lemak yang dipanaskan.
    • Tanpa Minyak - tanpa menggunakan minyak dan perlu sentiasa dibalik-balikkan supaya yidak hangus seperti menggoreng capati dan kacang.
    • Tohor - minyak hanya cukup meliputi bawah kuali sahaja seperti mengoreng telur dadar dan sosej.
    • Minyak Penuh - menggoreng dalam minyak panas yang menutupi seluruh makanan yang digoreng.


Kaedah Memasak dengan Haba Lembap
  1. Merebus - masak dalam air mendidih seperti bubur nasi dan telur rebus.
  2. Mengukus - makanan dimasak dalam wap air mendidih seperti apam dan pulut kuning.
  3. Mencelur - makanan dimasukkan ke dalam air dan dikeluarkan dalam masa yang singkat, contohnya kerabu taugeh dan mi.
  4. Merenih - memasak makanan dalam cecair menggunakan api perlahan dan mengambil masa yang lama untuk masak. contohnya kari ikan
  5. Merendidih - memasak makanan dalam cecair menggunakan api sederhana dan mengambil masa yang lama untuk masak. contohnya rendang ayam dan stew daging


Wednesday, June 13, 2012

BAB 1 PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN (EKONOMI RUMAH TANGGA)

Diet Seimbang - sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan tubuh pada kadar yang betul.

Prinsip Asas Diet Seimbang
  • lebihkan pengambilan makanan berserat dan kurangkan makanan berlemak dan kolestrol tinggi.
  • diet seimbang dirancang berdasarkan Piramid Makanan.

Tabiat Makan yang Sihat
  • perlu untuk kesihatan badan.
    • makan mengikut waktu yang ditetapkan
    • remaja perlu makan lebih banyak makanan pembina tubuh dan pemberi tenaga
    • kurangkan gula, garam dan lemak
    • kunyah makanan dengan sempurna dan minum air secukupnya
    • lebihkan pengambilan makanan bervitamin dan garam mineral
    • ambil hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam

PERANCANGAN MENU

Menu - senarai hidangan lengkap untuk suatu sajian.
Perancangan Menu - cara merancang sajian yang seimbang dan berkhasiat.

Tujuan Merancang Menu
  1. memastikan sajian seimbang dan mengandungi semua nutrien yang diperlukan
  2. jimatkan masa, tenaga dan bahan makanan
  3. ikut anggaran belanjawan
  4. sajian menarik, berkhasiat dan menyelerakan
 Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu
  1. Jenis Hidangan - majlis formal atau tidak formal
  2. Kegemaran - supaya semua pihak berpuas hati
  3. Perbelanjaan - untuk mengelakkan pembaziran kos
  4. Sumber Makanan Semasa - pilih sumber makanan semasa atau dalam musim kerana lebih segar, murah dan mudah didapati terutamanya buah-buahan bermusim.
  5. Kemudahan Fizikal - alatan memasak lengkap bagi membantu menyedia, memasak dan menghidang dengan cepat dan sempurna.
  6. Sumber Masa dan Tenaga - memudahkan dan mempercepatkan penyediaan menu yang dirancang.
  7. Kepelbagaian - ambil kira faktor variasi dari segi jenis makanan, warna saiz, rasa, tekstur dan kaedah memasak.
  8. Keperluan - mengandungi nutrien bergantung kepada faktor umur, jantina, saiz tubuh, aktiviti dan kesihatan.

PRINSIP MEMASAK

Prinsip Memasak - memasak makanan menggunakan haba kering dan haba lembap.

Memasak dengan haba kering
  • memasak makanan dalam udara panas seperti membakar dalam ketuhar, mengril (pancaran haba) dan menggoreng dalam minyak yang panas.
Memasak dengan haba lembap
  • masak makanan dalam cecair panas atau mengewap makanan.
Makanan dimasak untuk:
   -  menjadikan makanan lebih enak                            -  mempelbagaikan sajian
   -  menjadikan makanan selamat dimakan                  -  membaiki rasa dan rupa
   -  melembutkan makanan                                         -  menjadikannya tahan lama