P/S: Pastikan anda benar-benar bersedia sebelum menghadapi peperiksaan.
Blog Panitia Kemahiran Hidup di reka adalah bagi membantu guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu serta para pelajar bagi memberi mahupun mendapatkan segala info yang berkaitan dengan urusan P&P..Diharapkan dengan adanya blog ini, ianya akan memberi kebaikan kepada semua pihak...wassalam
Thursday, June 14, 2012
Ragam Semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Kelas 2 Marikh
P/S: Pastikan anda benar-benar bersedia sebelum menghadapi peperiksaan.
Aktiviti Pelajar Tingkatan 1 2012: Penghasilan Artikel
BAB 5 Jahitan
Penghasilan Artikel
Tarikh : 22 Mei 2012
Masa : 8.50 - 10.10 pagi
Kelas : 1 Jupiter (16 orang pelajar)
Penghasilan Artikel
Tarikh : 25 Mei 2012
Masa : 9.55 - 11.05 pagi
Kelas : 1 Neptune (19 orang pelajar)
Penghasilan Artikel
Tarikh : 22 Mei 2012
Masa : 8.50 - 10.10 pagi
Kelas : 1 Jupiter (16 orang pelajar)
| Pelajar membuat ukuran pada fabrik |
| Fabrik yang telah siap diukur dan ditanda perlu digunting. |
Penghasilan Artikel
Tarikh : 25 Mei 2012
Masa : 9.55 - 11.05 pagi
Kelas : 1 Neptune (19 orang pelajar)
| Pelajar sedang mengukur dan menanda pada fabrik. |
| Menggungting fabrik yang telah siap diukur dan ditanda. |
| Sambil bekerja kita perlu berbual tapi jangan sampai kerja tidak dibuat. |
| Sedang berusaha memasukkan benang ke lubang jarum. |
| Lipat bahagian tepi fabrik sebelum mula menjahit (bahagian yang perlu sahaja). |
Aktiviti-aktiviti Amali Pelajar Tingkatan 1 2012
BAB 6 Tanaman Hiasan
Menyediakan Medium Semaian Dan Menyemai Keratan Batang
Tarikh : 22 Mei 2012
Masa : 7.30 - 8.50 pagi
Kelas : 1 Neptune (9 orang pelajar)
Menyediakan Medium Semaian Dan Menyemai Keratan Batang
Tarikh : 22 Mei 2012
Masa : 7.30 - 8.50 pagi
Kelas : 1 Neptune (9 orang pelajar)
| Pelajar sedang menyediakan keratan batang |
| Menyediakan medium semaian (yang sebelah kiri sudah selamat berada di Australia, main kejar-kejar dengan kanggaru). |
| Menyemai keratan batang. |
Wednesday, June 13, 2012
BAB 1 PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN (EKONOMI RUMAH TANGGA)
Prinsip Asas Diet Seimbang
- lebihkan pengambilan makanan berserat dan kurangkan makanan berlemak dan kolestrol tinggi.
- diet seimbang dirancang berdasarkan Piramid Makanan.
Tabiat Makan yang Sihat
- perlu untuk kesihatan badan.
- makan mengikut waktu yang ditetapkan
- remaja perlu makan lebih banyak makanan pembina tubuh dan pemberi tenaga
- kurangkan gula, garam dan lemak
- kunyah makanan dengan sempurna dan minum air secukupnya
- lebihkan pengambilan makanan bervitamin dan garam mineral
- ambil hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam
PERANCANGAN MENU
Menu - senarai hidangan lengkap untuk suatu sajian.
Perancangan Menu - cara merancang sajian yang seimbang dan berkhasiat.
Tujuan Merancang Menu
- memastikan sajian seimbang dan mengandungi semua nutrien yang diperlukan
- jimatkan masa, tenaga dan bahan makanan
- ikut anggaran belanjawan
- sajian menarik, berkhasiat dan menyelerakan
- Jenis Hidangan - majlis formal atau tidak formal
- Kegemaran - supaya semua pihak berpuas hati
- Perbelanjaan - untuk mengelakkan pembaziran kos
- Sumber Makanan Semasa - pilih sumber makanan semasa atau dalam musim kerana lebih segar, murah dan mudah didapati terutamanya buah-buahan bermusim.
- Kemudahan Fizikal - alatan memasak lengkap bagi membantu menyedia, memasak dan menghidang dengan cepat dan sempurna.
- Sumber Masa dan Tenaga - memudahkan dan mempercepatkan penyediaan menu yang dirancang.
- Kepelbagaian - ambil kira faktor variasi dari segi jenis makanan, warna saiz, rasa, tekstur dan kaedah memasak.
- Keperluan - mengandungi nutrien bergantung kepada faktor umur, jantina, saiz tubuh, aktiviti dan kesihatan.
PRINSIP MEMASAK
Prinsip Memasak - memasak makanan menggunakan haba kering dan haba lembap.
Memasak dengan haba kering
- memasak makanan dalam udara panas seperti membakar dalam ketuhar, mengril (pancaran haba) dan menggoreng dalam minyak yang panas.
- masak makanan dalam cecair panas atau mengewap makanan.
- menjadikan makanan lebih enak - mempelbagaikan sajian
- menjadikan makanan selamat dimakan - membaiki rasa dan rupa
- melembutkan makanan - menjadikannya tahan lama
Friday, May 18, 2012
BAB 1 ELEKTRIK (KEMAHIRAN TEKNIKAL) Bahagian 1
JENIS LITAR ELEKTRIK
a. Litar Siri
b. Litar Selari
c. Litar Siri-Selari
LITAR SIRI
Voltan dalam litar siri
Arus dalam litar siri
Mengira Jumlah Rintangan dalam Litar Siri
a. Litar Siri
b. Litar Selari
c. Litar Siri-Selari
LITAR SIRI
- komponen disusun untuk membenarkan arus mengalir melalui setiap komponen elektrik dalam satu arah sahaja.
- jika wayar terputus atau salah satu alatan elektrik rosak, seluruh litar tidak berfungsi
![]() |
| Lukisan bergambar litar siri |
- diukur menggunakan voltmeter.
- 2 jenis voltmeter; voltmeter arus terus (DC) dan voltmeter arus ulang alik (AC)
- jika voltmeter arus terus diguna untuk menyukat arus ulang alik, penunjuk pada voltmeter tidak bergerak tetapi bergetar.
- sel-sel disambung secara bersiri, voltannya bertambah.
Arus dalam litar siri
- dalam litar siri, arus elektrik yang sama banyak mengalir melalui litar ini.
- arus elektrik diukur menggunakan ammeter dalam unit ampere (A).
- penunjuk ammeter mesti pada bacaan sifar. Jika tidak, skru pelaras boleh diputar untuk menyelaraskan penunjuk tersebut.
Mengira Jumlah Rintangan dalam Litar Siri
- perintang disambung bersiri di dalam sebuah litar siri, rintangannya bertambah.
- jumlah rintangan dalam litar bersamaan jumlah setiap perintang dalam litar.
Subscribe to:
Posts (Atom)





