- merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.
- contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang ialah;
- bunga raya (hibiscus)
- bunga kertas (bougainvillea)
- bunga puding (codiaeum)
- ati-ati (coleus)
- bunga siantan (ixora)
- medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
- terdapat 3 jenis, iaitu;
- keratan kayu lembut
- keratan kayu sederhana keras
- keratan kayu keras
- pemilihan jenis keratan bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiakan.
- keratan kayu lembut ------ jejari hantu (alternanthera elliptica), ati-ati (coleus)
- keratan kayu sederhana lembut ---- bunga raya (hibiscus), bunga puding (codiaeum)
- keratan kayu keras ------ pokok angsana (pterocarpus indikus), bunga kertas (bougainvillea)
- keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.
- keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik.
- rumpai yang tumbuh perlu dicabut dan dibuang dari bekas semaian.
Medium Penanaman
- keratan yang sudah berakar perlu dipindahkan ke dalam beg politena atau pasu untuk tujuan pembesaran.
- medium penanaman yang sesuai untuk tujuan ini ialah medium penanaman John Innes Potting Compost (JIP) 7:3:2.
- nisbah 7:3:2 terdiri daripada 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai.
- medium penanaman juga boleh disediakan dengan campuran bahan 3:2:1
Merumput
- ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh bersama tanaman hiasan.
- dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara anak pokok dengan rumpai mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang.
- merumput dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak atau agen penyakit.
- dilakukan apabila medium keras.
- dilakukan untuk membolehkan air menyerap dan membaiki pengudaraan tanah.
- menggunakan serampang tangan.
- kerja membekalkan nutrien kepada anak pokok.
- dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah.
- baja sebatian mengandungi unsur nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K).
- pokok berbunga sesuai dibaja menggunakan baja yang mengandungi unsur fosforus dan kalium yang lebih tinggi.
- membaja diulangi dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu.
- dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari kerana air dalam bekas terhad.
- gunakan bekas penyiram bermuncung yang mempunyai lubang halus.