Monday, April 23, 2012

Nota KHB Tingkatan 1: Tanaman Hiasan

PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG
  • merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.
  • contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang ialah;
    1. bunga raya (hibiscus)
    2. bunga kertas (bougainvillea)
    3. bunga puding (codiaeum)
    4. ati-ati (coleus)
    5. bunga siantan (ixora)
Menyediakan Medium Semaian
  • medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
Jenis Keratan Batang
  • terdapat 3 jenis, iaitu;
    1. keratan kayu lembut
    2. keratan kayu sederhana keras
    3. keratan kayu keras
  • pemilihan jenis keratan bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiakan.
Memilih Pokok Hiasan yang Boleh Dibiak Melalui Keratan Batang
  • keratan kayu lembut   ------   jejari hantu (alternanthera elliptica), ati-ati  (coleus)
  • keratan kayu sederhana lembut   ----   bunga raya (hibiscus), bunga puding (codiaeum)
  • keratan kayu keras   ------   pokok angsana (pterocarpus indikus), bunga kertas (bougainvillea)
Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian
  • keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.
  • keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik.
  • rumpai yang tumbuh perlu dicabut dan dibuang dari bekas semaian.
Penanaman Anak Pokok
Medium Penanaman
  • keratan yang sudah berakar perlu dipindahkan ke dalam beg politena atau pasu untuk tujuan pembesaran.
  • medium penanaman yang sesuai untuk tujuan ini ialah medium penanaman John Innes Potting Compost (JIP) 7:3:2.
  • nisbah 7:3:2 terdiri daripada 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai.
  • medium penanaman juga boleh disediakan dengan campuran bahan 3:2:1 
Penjagaan Anak Pokok
Merumput
  • ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh bersama tanaman hiasan.
  • dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara anak pokok dengan rumpai mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang.
  • merumput dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak atau agen penyakit.
Menggembur
  •  dilakukan apabila medium keras.
  • dilakukan untuk membolehkan air menyerap dan membaiki pengudaraan tanah.
  • menggunakan serampang tangan.
Membaja
  • kerja membekalkan nutrien kepada anak pokok.
  • dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah.
  • baja sebatian mengandungi unsur nitrogen (N), fosforus (P),  dan kalium (K).
  • pokok berbunga sesuai dibaja menggunakan baja yang mengandungi unsur fosforus dan kalium yang lebih tinggi.
  • membaja diulangi dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu.
Menyiram
  • dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari kerana air dalam bekas terhad.
  • gunakan bekas penyiram bermuncung yang mempunyai lubang halus.

No comments: