Sunday, March 11, 2012

Nota KHB Tingkatan 1 : ERT

Mulai tahun 2012, mata pelajaran Kemahiran Hidup pilihan 2 iaitu Ekonomi Rumah Tangga akan mula dipelajari oleh kumpulan pelajar yang terpilih. Bagi pelajar yang terlibat dan semua pelajar yang berminat, bolehlah membaca nota-nota yang disediakan. SELAMAT MEMBACA!

BAB 7 : PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN

Diet Seimbang

  • ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kadar yang betul.

Faktor Utama Dalam Merancang Diet Seimbang
  1. Umur
  2. Jantina
  3. Saiz Badan
  4. Kesihatan
  5. Aktiviti dan Pekerjaan

Piramid Makanan
  • adalah panduan bagi pemilihan makanan secara sihat.
  • mengandungi 5 kumpulan zat makanan berasaskan kandungan zat dan fungsinya.

PERANCANGAN MENU

Menu
ialah satu senarai hidangan yang lengkap untuk suatu sajian.

Tujuan
merancang menu:
a) menyediakan sajian seimbang yang mengandungi semua nutrien.
b) menyediakan sajian yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan.
c) menjimatkan masa, tenaga dan kos penyediaan sajian.
d) menyediakan sajian mengikut anggaran belanjawan yang ditetapkan.

Faktor yang mempengaruhi perancangan menu:
a) jenis hidangan
b) kegemaran
c) perbelanjaan
d) sumber makanan semasa
e) kemudahan fizikal
f) sumber tenaga dan masa
g) kepelbagaian

h) keperluan

PRINSIP MEMASAK
  • mengenakan haba sama ada haba kering atau haba lembap pada makanan yang dimasak.
Tujuan makanan dimasak:
a) membunuh kuman
b) melembutkan makanan agar mudah dimakan dan dihadam
c) memberi rasa dan rupa pada makanan
d) menjadikan makanan tahan lama
e) mempelbagaikan bentuk sajian

Kaedah Memasak
1. Haba Lembap
a) merebus
b) mereneh
c) mengukus
d) merendidih
e) mencelur


2. Haba Kering
a) mengril
b) menggoreng tanpa minyak
c) menggoreng minya penuh
d) membakar
e) memanggang

No comments: