Sistem bekalan air di rumah:
a. Sistem terus → | membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili. | |
b. Sistem tidak terus → | membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah. |
Paip Bekalan Air
Paip Perhubungan | · menghubungkan paip utama dengan meter air. |
Paip Perkhidmatan | · menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur. |
Paip Agihan
| · mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah. · Menggunakan paip jenis BG atau PVC |
Paip Cuci
| · Dipasang di dasar tangki · Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki dijalankan |
Paip Limpah
| · Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air · Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan · Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak. |
Tangki Simpanan Air
- Fungsi: menyimpan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan lain di rumah.
- Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran.
- Menerima air dari paip perkhidmatan dan dikawal oleh injap bebola serta pelampung.
- Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani, gentian kaca atau poli.
- Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga 450 liter.
Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip
Jenis Paip
1. Paip besi bergalvani (BG)
· Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.
· Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip
· Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.
· Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.
· Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.
Gred | Ketebalan | Kod warna | Kegunaan |
A | Nipis | Perang | Paip Limpah |
B | Sederhana | Biru | Paip Agihan |
C | Tebal | Merah | Paip perhubungan dan paip perkhidmatan |
2. Paip polivinil klorida (PVC)
· Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)
· Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah
· Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.
· Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm.
· Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.
smbg....
1 comment:
thank you for the note
Post a Comment