Monday, March 19, 2012

Nota KHB Tingkatan 1: Kerja Paip

BAB 4 KERJA PAIP

Sistem bekalan air di rumah:


a. Sistem terus

membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili.


b. Sistem tidak terus

membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.

Paip Bekalan Air

Paip Perhubungan

· menghubungkan paip utama dengan meter air.

Paip Perkhidmatan

· menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur.

Paip Agihan

· mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah.

· Menggunakan paip jenis BG atau PVC

Paip Cuci

· Dipasang di dasar tangki

· Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki dijalankan

Paip Limpah

· Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air

· Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan

· Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak.


Tangki Simpanan Air

  • Fungsi: menyimpan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan lain di rumah.
  • Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran.
  • Menerima air dari paip perkhidmatan dan dikawal oleh injap bebola serta pelampung.
  • Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani, gentian kaca atau poli.
  • Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga 450 liter.

Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip

Jenis Paip

1. Paip besi bergalvani (BG)

· Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.

· Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip

· Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.

· Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.

· Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.

Gred

Ketebalan

Kod warna

Kegunaan

A

Nipis

Perang

Paip Limpah

B

Sederhana

Biru

Paip Agihan

C

Tebal

Merah

Paip perhubungan dan paip perkhidmatan

2. Paip polivinil klorida (PVC)

· Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)

· Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah

· Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.

· Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm.

· Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.


smbg....


1 comment:

Anonymous said...

thank you for the note