Monday, March 26, 2012

Nota KHB Tingkatan 1: Kerja Paip 2

3. Paip Poli (HDPE)
  • boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan.
  • berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan
    boleh digulung.
  • ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai.
  • lebih mahal dan tidak boleh ditegakan.
  • apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip itu.
  • boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji.
  • penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam paip poli.
  • di dalam sleeve terdapat gelang getah.
Paip Poli Penyambung Paip Poli

Penyambung Paip









Bahan Pemasangan Paip
1. Pita PTFE
  • untuk sambungan paip yang berulir.
  • dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip.


2. Glu Paip PVC (simen pelarut)
  • bahan perekat cecair yang dijual dalam tin.
  • disapu pada paip atau pemyambung PVC yang tidak berulir sebelum pemasangan dilakukan.


JENIS DAN KELENGKAPAN PAIP
Alatan Tangan

Pita pengukur
  • digunakan untuk mengukur
Gergaji besi
  • untuk memotong paip PVC dan paip besi bergalvani
  • mempunyai bingkai yang boleh dilaraskan bagi saiz mata gergaji yang berlainan ukuran.
Pemotong paip beroda
  • memotong paip besi bergalvani dengan tepat dan cepat
Ragum paip yoke
  • memegang dan mengapit batang paip besi bergalvani supaya tidak bergerak semasa memotong, mengulir dan melakukan kerja-kerja pemasangan.
Kikir bulat
  • untuk membuang gerigis di dalam hujunh paip selepas dipotong
Kikir rata
  • membuang gerigis luar pada hujung paip
Pemotong paip PVC/Poli
  • untuk memotong paip PVC/poli dengan tepat dan cepat
  • apit pemotong paip PVC/poli pada batang paip yang hendak dipotong dan pusing disekelilingnya
  • tambah tekanan perlahan-lahan
Perengkuh Paip
  • mencengkam dan memutarkan batang paip.
  • rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam batang paip
  • tidak sesuai untuk melonggarkan atau mengetatkan bahagian kepala pili, nat atau penyambung yang tepinya rata
Sepana boleh laras
  • melonggarkan atau mengetatkan nat pada pili dan penyambung.
  • rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan saiz benda kerja
Playar cengkam seribu
  • mencengkam batang paip dan mengetatkan penutup penyambung poli semasa menjalankan kerja pemasangan paip poli

bersambung....

2 comments:

cekguLeya said...

assalamualaikum. sy sedang mencari beberapa gambarajah bg kerja2 paip PVC dan paip poli untuk tugasan sy. agak sukar mencarinya..jika cikgu ada gambarajah tersebut. boleh tak sy nak mintak?terima kasih..sy harap sgt cikgu dpt membantu sy.

S/U said...

salam... gambarrajah yang macam mana? jika ada dalam simpanan boleh saya berikan.