Friday, March 30, 2012

Nota KHB Tingkatan 1: Kerja Paip 3

TANGKI SIMBAH
  • terdapat 2 jenis tangki simbah
  • tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai
  • tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai
  • digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuk tandas
  • diperbuat daripada plastik atau tembikar
  • boleh menyimpan air sehingga 9 liter

tangki simbah aras rendah dan tangki simbah aras tinggi


BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH


1. Paip alur masuk (paip agihan)
  • membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.
2. Paip alur keluar (paip simbah)
  • menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.
3. Paip limpah
  • menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.
4. Injap bebola
  • mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
5. Pelampung
  • terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.
6. Injap gegendang
  • mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
7. Tuil tarik/tangkai pelepas
  • tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.
8. Tiub sifon
  • menyalurkan air ke paip simbah


OPERASI TANGKI SIMBAH




MENGAWAL ARAS AI
R DALAM TANGKI SIMBAH
  • kedudukan injap bebola perlu dilaraskan supaya air dalam tangki simbah tidak melebihi paras paip limpah dan melimpah keluar; paras air yang terlalu rendah dan kekurangan air menyebabkan tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.


PILI
  • digunakan untuk mengawal pengaliran air keluar melalui batang paip.
  • diperbuat daripada loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium.
  • terdapat 2 jenis pili iaitu pili berbibir dan pili bertiang.

PILI BERBIBIR
  • alur masuk mendatar.
  • biasa digunakan pada tab mandi dan singki di dapur.
PILI BERTIANG
  • alur masuk menegak.
  • biasa dipasang pada tab mandi dan singki jenis tembikar.

bersambung...


No comments: